Monday, April 25

Carrot Cake - Cheese

It's my mother in law recipe turun-temurun. Just bake it last saturday for my family and they love it so much. Wanted to share it with the others who loves baking cakes :).

Bahan2nya

Kek
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan brown sugar
  • 3 biji telur (saiz sederhana)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • 3 biji carrot (lobak merah) - di sagat halus (shredded)  
  • 200 gram kacang walnut (digaulkan dengan sedikit tepung)
  • 1 cawan kismis (digaulkan dengan sedikit tepung)
  • 1/4 cawan susu cair (fresh milk)
  • 1 biji lemon
Topping 
  • 250gm cheese philadelphia 
  • Icing sugar
  • Lemon
Cream Cheese Philadelphia

Cara2nya
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Pukul telur, brown sugar, susu cair (fresh milk) dan minyak sehingga kembang.
  3. Selepas itu masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Jangan sampai terlalu pekat yer. p/s jika tak ada self raising flour boleh digantikan dgn tepung gandum sukatan sama macam di atas cuma tambahkan 2 sudu teh baking powder.
  4. Setelah selesai semua bahan di pukul rata masukkan carrot yg telah di sagat halus. Untuk mengelakkan bau carrot yang kuat bolehlah perahkan sedikit lemon dan sagatkan sedikit kulit lemon dan gaul rata.
  5. Kemudian masukkan kacang walnut dan kismis yang telah digaul dgn sedikit tepung. 
  6. Tuangkan adunan dalam acuan jangan terlalu tebal jika tidak nanti bahagian tengah kek tidak akan masak yg telah di lenserkan dgn margerin. Jika tiada margerin ambil sedikit minyak jagung tadi dan sapukan sekeliling acuan. 
  7. Bakar selama 40-45minit.
  8. Cheese philadelphia hendaklah di biarkan di lembut pada suhu bilik. Setelah lembut masukkan kedalam mangkuk kemudian perahkan sedikit lemon  dan tambahkan gula icing mengikut citarasa masing-masing. 
  9. Setelah kek siap dan sudah agak2 suam bolehlah disapukan topping cream cheese di atasnya :).