Friday, October 28

Tauhu Sumbat

Love to surf or blog hopping sambil mencari new recipe :). Dah lama rasanya nak share this recipe with the others who have passion in cooking. Nak kata terror memasak tak adalah cuma bolehlah nak memasak utk hidangan keluarga :). I love to try new recipe yg simple dan cepat di masak since me myself bukanlah rajin sangat nak memasak pun hehehe. So me nak share my mother in law yer special recipe of tauhu sumbat yg dah di improvised ikut citarasa myself :)

Its simple cuma a bit remeh sikit tapi mmg sedap dijamu utk seisi keluarga di hujung minggu :)

Bahan-bahannya

4-6 keping tauhu
1 biji bawang besar (dicincang/dipotong dadu)
100 - 200gm udang basah (dicincang)
1 sudu besar oyster sauce
sedikit daun bawang & daun sup (dipotong halus)
sedikit lada putih
sedikit minyak utk menggoreng
garam secukup rasa
2 sudu besar quaker oat
1-2 biji telur

Cara-cara memasak

1. Gorengkan kesemua tauhu (jangan dipotong). Setelah tauhu kuning keemasan angkat dan sejukkan. Potong tauhu kepada dua (berbentuk segitiga) dan korekkan isi tauhu.
Tauhu yang dah siap disumbat
2. Isi tauhu tadi digaulkan dengan udang, bawang, daun bawang, daun sup, garam, lada sulah dan oyster sos.
3. Panaskan 1@2 sudu besar minyak dan gorengkan bahan2 yang telah digaulkan tadi. Setelah udang kelihatan masak bolehlah diangkat.
4. Sumbatkan bahan2 yang digoreng tadi dalam kulit tauhu yang telah dikorek isinya tadi. Setelah habis semua tauhu tadi disumbat ketepikan seketika.
5. Pecahkan telur dan kacaukan dgn quaker oat dan perasakan dgn garam secukup rasa. Setelah itu tauhu yang telah siap disumbat tadi bolehlah dibalutkan dgn telur dan digoreng.
6. Setelah siap digoreng bolehlah dihidangkan bersama sos cili dan makan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja.

Tauhu Sumbat
 

Ayam Masala my version

Semalam my post briyani ayam gam yang tak bergam today another post Ayam Masala yang mmg masak dgn nasi briyani...This is my version of doing it

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (dipotong kecil) *boleh ikut preference you gurlz
1 packet rempah shan
2/3 ulas bawang besar (dimayang halus)
8-10 ulas bawang putih (dimayang halus)
2cm halia (dihiris memanjang)
2/3 biji 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
Segenggam daun pudina
3/4 sudu besar ghee/minyak sapi
6/8 sudu besar susu cair (susu ideal)
1/2 cawan yogurt/tairu (kalau tak ada boleh gantikan dgn susu diperahkan limau)
4 biji tomato yang dibuang kulit (potong dadu atau cincang)
3 biji tomato
6 biji telur (direbus) boleh juga digantikan dgn telur burung puyuh
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya
1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dgn rempah shan dan diperapkan seketika.
2. Panaskan miyak sapi/ghee tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan rempah 4 sekawan sehingga kuning keemasan atau naik bau. Setelah itu masukkan tomato yang telah dicincang atau di potong dadu. Biarkan seketika.
3. Masukkan kentang dan biarkan ia sehingga separuh empuk setelah itu bolehlah masukkan ayam yang telah digaulkan dgn rempah tadi dan gaul rata.
4. Setelah seketika masukkan yogurt, susu cair, daun pudina dan daun padan gaul rata. Tutup dan didihkan seketika. 
5. Setelah kentang empuk dan ayam masak bolehlah masukkan telur rebus tadi dan gaul rata biarkan ia mendidih seketika dalam 5 minit. 
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. (saya tidak gunakan garam kerana pada saya sudah cukup rasa masinnya dan gula saya gunakan brown sugar)
7. Setelah itu bolehlah dihidangkan.






Thursday, October 27

Nasi Briyani Ayam Gam

Dah berkarat dah blog nie lama tak update been busy entah dgn apa2 and takder pulak mood nak mengupdate blog.....Deepavali Eve hari tu saja cuba masak resepi nasi briyani gam yang tak bergam pun coz me masak guna rice cooker biasa jer which suits my cooking style nak yang cepat dan mudah malas nak remeh temeh :)

here are the recipe 

My personal recipe yg di ubahsuai ikut citarasa sendiri :)

Bahan-bahannya

2/3 biji bawang besar (dihiris halus/ dimayang) 
8/10 ulas bawang putih (dihiris halus/dimayang)
2cm halia (dihiris halus memanjang)
4 biji tomato (rebus dan buangkan kulitnya) - potong dadu
2 helai daun pandan
Segenggam daun pudina
6/8 ketul isi ayam (dipotong ikut citarasa)
4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)
6 cawan beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
6 sudu besar minyak sapi/ ghee
4 sudu besar yogurt
6 sudu besar rempah shan (kalau taknak pedas boleh kurangkan dlm 4sd besar)
1 susu kecil kunyit
1/2 cawan susu cair ideal
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis (terpulang ikut kesukaan)
Bawang goreng.

Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak ghee dan tumiskan bahan2 yang telah dihiris/dimayang beserta kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah shan dan serbuk kunyit gaul sehingga rata kemudian masukkan tomato yang telah dibuang kulit dan dipotong dadu. Untuk membuang kulit tomato rebuskan seketika dan kemudian cuci dgn air sejuk agar senang untuk mengupas kulit tomato.
  3. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dipotong dan biarkan mendidih sehingga ayam setengah masak. Jika takut hangus masukkan air yang telah disukat td mengikut banyak mana beras yang digunakan. (e.g 6 cawan beras basmathi masukkan 6 1/2 cawan air)
  4. Setelah itu masukkan yogurt, susu cair, daun pandan, daun pudina dan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.
  5. Masukkan beras dan bahan2 yang telah dididihkan ke dalam periuk nasi dan biarkan sehingga nasi masak. Kismis dimasukkan ketika nasi hampir masak dan gaul rata.
  6. Akhir sekali taburkan gajus, bawang goreng sebagai hiasan dan hidangkan nasi.