Thursday, August 18

Hadith 15 Ramadhan Palsu

Recently receive msg dari seorang rakan BBM mengenai hadith yang mengatakan tentang peristiwa yang akan berlaku pada 15 Ramadhan 2012....berikut adalah petikan email tersebut.

"Buat renungan teman-teman.

Cuba kira… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.

(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… ALLAH sahaja maha mengetahui… cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Astarghfirullah terkejut membacanya terdetik jugak dalam benak fikiran betul ker atau sahih ker hadis yang disebarkan nie.....jadi kebetulan ada kelapangan sempat juga google pasal hadis palsu yang disebarkan di atas.

Berikut adalah salah satu jawapan yang ditemui dari comment Roy salah seorang pembaca blog suarabawahtanah.com

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…

Wassalam…

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"

إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك

Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471

Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu…

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

jadi sahabat2 semua,jganlah terus menerus sebarkan benda ni..hadis ni adalah hadis palsu..same2 kita berdoa supaya iman dan taqwa kita tak goyah dengan perkara2 macam ni..allah je yang tahu segala2nya,kita yang hidup ni kena kuatkan iman dan taqwa kepada Allah..semoga kita sentiasa kuatkan amal ibadat kita kepadaNYa..insyaAllah..(^_^)

Jadi pengajaran sebelum kita sebarkan apa2 maklumat hendaklah kita periksa kesahihan yer dulu jangan saja kita terus menyebarkannya.

No comments:

Post a Comment