Friday, October 28

Ayam Masala my version

Semalam my post briyani ayam gam yang tak bergam today another post Ayam Masala yang mmg masak dgn nasi briyani...This is my version of doing it

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (dipotong kecil) *boleh ikut preference you gurlz
1 packet rempah shan
2/3 ulas bawang besar (dimayang halus)
8-10 ulas bawang putih (dimayang halus)
2cm halia (dihiris memanjang)
2/3 biji 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
Segenggam daun pudina
3/4 sudu besar ghee/minyak sapi
6/8 sudu besar susu cair (susu ideal)
1/2 cawan yogurt/tairu (kalau tak ada boleh gantikan dgn susu diperahkan limau)
4 biji tomato yang dibuang kulit (potong dadu atau cincang)
3 biji tomato
6 biji telur (direbus) boleh juga digantikan dgn telur burung puyuh
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya
1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dgn rempah shan dan diperapkan seketika.
2. Panaskan miyak sapi/ghee tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan rempah 4 sekawan sehingga kuning keemasan atau naik bau. Setelah itu masukkan tomato yang telah dicincang atau di potong dadu. Biarkan seketika.
3. Masukkan kentang dan biarkan ia sehingga separuh empuk setelah itu bolehlah masukkan ayam yang telah digaulkan dgn rempah tadi dan gaul rata.
4. Setelah seketika masukkan yogurt, susu cair, daun pudina dan daun padan gaul rata. Tutup dan didihkan seketika. 
5. Setelah kentang empuk dan ayam masak bolehlah masukkan telur rebus tadi dan gaul rata biarkan ia mendidih seketika dalam 5 minit. 
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. (saya tidak gunakan garam kerana pada saya sudah cukup rasa masinnya dan gula saya gunakan brown sugar)
7. Setelah itu bolehlah dihidangkan.






No comments:

Post a Comment